APRIL 2022

Agong & Permaisuri Hadiri Majlis Berbuka Puasa


21 April 2022 - KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menghadiri majlis berbuka puasa di Masjid Jamek Petra Jaya Kuching petang ini tadi. 

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda berdua pada jam 6.30 petang disambut oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr).Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg.

Majlis kemudiannya diikuti oleh solat Maghrib secara berjemaah yang diimamkan oleh Imam Besar Negeri Sarawak, Dato' Mustapha Kamal bin Haji Ahmad Fauzi.  

Dalam satu majlis ringkas malam ini juga Seri Paduka berdua turut berkenan mengurniakan sumbangan kepada 30 penerima daripada golongan asnaf.

Sumber dari : Sarawakku